Hoki dan Saya
Saya mula bermain hoki sejak di usia 9 tahun lagi. Tetapi kerana minat saya cuba untuk mendalami sukan hoki ini. Saya bermula dengan latihan mingguan bersama pasukan Hoki CBN1 bawah 12 tahun. Pasukan Hoki CBN1 juga salah satu pasukan terbaik di daerah Keramat. Saya juga di kelilingi dengan pemain-pemain hoki senior yang hebat. Saya telah di latih oleh dua orang Coach yang berpengalaman. Pada tahun pertama saya bermain hoki banyak perkara baru yang saya pelajari. Sukan hoki juga telah membuat kan saya lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai.
Hari demi hari kemahiran saya semakin bertambah. Saya telah terpilih untuk mewakili pasukan Hoki CBN1 dalam MSSMWPKL Zon Keramat. Pasukan kami telah berjaya menjadi Johan dalam perlawanan tersebut. Banyak perlawan saya telah sertai, ada yang berjaya menjadi Johan dan ada juga yang mendapat Naib Johan dan tempat ketiga.
2017 adalah tahun yang sangat bermakna untuk saya di mana saya telah di pilih mewakili pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun untuk perlawan Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Kuantan. Saya sangat bersyukur atas pemilihan ini kerana hanya tiga orang atelt dari tahun 5 yang di pilih pada tahun ini. Dalam perlawan selama satu minggu berlangsung kami telah mendapat tempat Ke-5 dan memenangi Piala Fairplay.

Setiap perlawanan bukanlah Johan atau kejayaan yang saya harapkan, apa yang penting adalah pengalaman dalam perlawanan tersebut dapat mengajar saya sesuatu yang baru. Saya juga bercita-cita ingin menjadi pemain Kebangsaan suatu hari nanti. Apa yang saya perlu sekarang adalah terus menimba ilmu dalam bidang sukan hoki ini. Saya juga akan berusaha untuk berjaya memasuki Sekolah Sukan Malaysia.
Saya amat berterima kasih kepada ibu, nenek, datuk dan ahli keluarga saya yang sentiasa memberi semangat dalam karier saya ini. Tidak lupa juga pada Guru-Guru di CBN1 yang memberi semangat kepada saya selama saya menceburi dalam sukan hoki ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Coaches yang memberikan tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman dalam sukan hoki ini.